HOME
MEMBERS
ARTICLES
GALLERY

Links

Birthdays
::by Azad

MSN Chat
::by Luqman

Gallery I
Gallery II

Site Bebudak
Asrif
Nali
Loqo
Alee
K.E
Wolverine Malaya
The Cilaks
The Chowoks

Skools
PC9900
PKPIX
MRSM PDRM

Groups
Comm Zero
Circles 99
Smart Group

Organizations
MSD Chicago
MISG
Muktamar
MISNA
Ex-Tepeng

MSA
CMU
CWRU
Northwestern
RPI
Purdue
UIUC
Michigan
Minnesotta
USC
Wisconsin

Guidance
Zabihah
Rantauan
Islamicfinder
Khutbah
Tarbiyah

ISR 2003
RPI 03/15

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Articles

Apa Patut Anda Lakukan Bila.....
Anda berada di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya:
Tunggu bas ke?
Anda harus menjawab: Taklah aku tengah tunggu helikopter,lambat pulak hari nie ye


Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanyer:
Kao nak mandi ke ?
Jawab : Taklah aku nak pi main layang-layang kejap, kao nak join?


Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur:Aik? tulis surat nampak?
Jawab : Oh ye ke? aku tak prasan ah...tangan aku bergerak sendiri
Lepas tu jotos dia dgn jotosan yg berpower lagik brutal dan sambung ah tu kan
dia jln sendiri, aku tak tahu tau

Anda sedang makan nasik dan orang tegur:Makan nasik?
Jawab : Mater kao buter ke per? Kan aku tengah minum teh ais nie?

Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer: Baru balek dari keje?
Jawab : Taklah, saya dari rumah, nak pi kerjer lah nie...
opis saya dah pindah kat rumah..dan rumah saya dah pindah pat opis

Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur: Eh kau sibuk ke?
Jawab : Takyah jawab, peratikan muker dia pastu kompang siket pipi dia.

Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu
bertanyer: Eh citer melayu ke ?
Jawab : Bukanlah, nie kan citer Otromen Toro menentang Raksaser dari
Planet X...kao tunggu jap nanti otromen kuar.

Tu je Untuk mengekalkan lagik pertalian silaturrahim, dinasihatkan jgn ikut contoh contoh di atas itu tadi

Learn Chinese in 5 minutes?

Ai No Pei............ I got this for free
Dum Gai ............. Stupid Man
Gun Pao Der......... An ancient Chinese invention
Hai Dei Kum............ They have arrived
Hao Long Wei Ting?........... Has your flight been delayed?
Jan Ne Ka Sun.......... A former late night talk show host
Kum Hia Nao......... See me A.S.A.P
Lao Zi ............... Not very good
Moon Lan Ding ........ A great achievement of the NASA program
No Pah King........... This is a tow away zone
Shai Gai ........... A bashful person
Tai Ne Bae Be ........ A premature infant
Tai Ni Po Ni ........ Small Horse
Wa Shing Ka ........ He's cleaning his automobile
Wai Go Nao?......... Please, stay a while longer
Wai Hang Mi? ....... I am not guilty
Wai So Dim? ......... It's very dark in here
Wai U Shao Ting ......... There is no reason to raise your voice
Wai Yu Sing Dum Song?........ Do you know the words to the Macarena?
Wai Yu So Tan?.......... Did you go to the beach?
Yu So Dum ............. You are not very bright
Tai Koo Ching ............smelly shit of a cat
Tong Sam Pah..............a container to put rubbish in.
Hang Gee La .............you are Mad!!!
Mah Nya Chan Teik ! .............. Dont be presumptious
Chee La Kah Loo..................I am upset
Mah Nya Cha Kap...................Big mouth
Ta Ble Ku Lang.........................Price is fix.
Goh Bek Tu Wok............ Stop sending replies to the joke

Pengajaran from ISR

Hmmm.. lame dah tak join program agama
(aku bgtau kat diri sendiri)
gaya berbisik gak aa
sini takde suasana Islam
kalau kat Mesia walaupun tak join program agama
masih ade rase nak gi solat kat masjid
masih ade rase ada batas pergaulan
antara laki ngan perempuan

tapi sini, bile tak join program agama,
mula la solat lambat
gi masjid jadi malas
nak sembang ngan pempan selambe gitu aje
tadek rase nak segan2
(ade orang tanye kenape nak kene segan lak)
aku sendiri pun terfikir

tapi bile dengar sabda rasulullah,
iman itu ada 70 cabang
yg tertinggi ialah kalimah 'la ila ha illallah'
yg terendah ialah membuang duri di jalanan
dan MALU adalah salah satu cabang daripada iman
(au qamaqal)
aku mula ingat Islam itu mmg sangat indah
tiada yg dapat menandinginya
kalau ada perasaan malu,
inshaallah selamat daripada pelbagai dosa dan kemungkaran

susah kan nak jaga diri sendiri
ape pulak nak jaga keluarga
nak ingat-mengingati sesame saudara seagama
tapi kan, betapa hebat islam
sebab suruh sayangi saudara kita macam sayangi diri sendiri
(hadith kat home)
bile kite ingatkan saudara kite perkara kebaikan
dan betulkan kesilapan saudara kite
satu hari akan tibe giliran kite pulak
saudara kite akan tegur kite lak bile kite buat silap
time tu kite ingat.. emm nasib baik aku ade lagi saudara nak tegur
kalau tak kite hanyut entah ke mane

ini baru mukaddimah kepada pengajaran from ISR
alhamdulillah banyak bende aku dapat belajar
nanti citer lagi...
semoga kite sesame mendapat manfaat
yg baik drp Allah
aku lah yg teruk itu

echopena

Kembali menulis

ATU 6 tiada gantinya dalam hidup ni
patah tak tumguh hilang tak berganti
cheewaahh!!

Dah pindah skolah,
dah masuk universiti sumer
jumpe kawan2 baru
ade omputih, ade org tak putih (gelap sikit)
ade yg dah ade kakak angkat omputih
awek omputih belum dengar lagi
walau camne sekalipun
aku tak jumpe lagi pengganti ATU6
kat memane jua

Hari tu rumet2 aku datang sini
giler tergezut.. datang bukan nak bgtau dulu
hidup aku tetibe ceria balik
cam hepi je hari tu
dengan secara langsungnya aku ambik mc keesokan harinya
walaupun lecturer tak tahu
doktor pun tatau aku ambik mc
aku pun tatau sape bg aku mc
tapi aku mmg tak gi kelas

Itu baru 3 orang - Alee, Nali ngan Salah -
kalau Hez, Loqqo ngan sahabat (Dayang) datang gak...
mau berhari2 aku ambik cuti
bukan selalu weh jumpe bdak sixerz
semua org pun tahu sixerz best
sape tak tahu, maknenye die tak best

Malam tu main bola sesame
lame giler tak partner ngan memember six
partnership yg paling memahami, aku rase
sesenang aje sayurkan budak case (aku berpaling tadah sat)
malam tu pun terpaksa skip meeting
thanks to azad and sorry to rahmat (hehee bukan slalu aku ponteng :p)

Life must go on
but the memory will remain there
i'm looking forward to see you guys!!
sixerz IS the BEST

echopena

Kisah Pengembaraan Abang Raf: Bab ke-5 - Bertemu pemikir agung...

Tetiba aku teringat masa first sem kat PPP dulu. Waktu itu, aku duduk di sebelah Hisyam. Dia ni memang member aku yang telah banyak memperkenalkan aku kepada ilmu falsafah ni. Boleh dikatakan, kemahiran aku berfalsafah pada hari ini, banyak dipengaruhi oleh Hisyam. Dia ni kalau betul-betul bersungguh, boleh kalah ahli falsasah agung Yunani seperti Socrates dan Aristotle.

Pernah tak korang terfikir nak meringkaskan perjalanan hidup korang dengan 2 batang pen dan sebatang pembaris? Pelik kan? macam mana kehidupan kita yang susah dan senang ini boleh diterangkan dengan 3 benda tu? Tapi cerita ini pun, aku dah tak berapa ingat sangat. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, tanyalah Hisyam - orang yang mampu menjelaskan makna kehidupannya sendiri dengan 2 batang pen dan sebatang pembaris...

Arakian tersebutlah kisah hikayat di zaman moden ini... Pada ketika itu suasana di dalam kelas agak membosankan...Semua orang sedang membuat kerja masing-masing. Ada yang menerawang jauh ke alam monolog. Masing-masing melayan mimpi-mimpi indah - mana yang tidurlah. Ada yang pergi qada hajat di P108. Aku seperti biasa. Duduk di tempatku sambil memerhatikan orang-orang. Ah! Alangkah bosan hidup ini jika tiada benda yang menarik untuk dilakukan! Kulihat jiran sebelahku, Hisyam sedang sibuk menulis sesuatu di atas kertas. Ah, barangkali dia sedang menulis perkataan-perkatan asing yang tidak pernah kudengar sebelum ini - perkataan-perkataan SAT yang seolah-olah berasal dari planet Zargus, barangkali. Sambil dia menulis dengan tintanya itu, dia mendengar irama-irama moden dari alat pemain MP3nya itu. 'Nomad' kalau tidak salah ingatanku. Apa tah yang nomad itu, aku pun tak tahu. Mungkin kerana corak kehidupan orang yang mereka alat itu seperti kaum Badwi di gurun sana - berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Begitu asyik sekali dia melayan lagu-lagu itu, yang tidak kufahami butir katanya...

Hendak dijadikan cerita, aku pun mulalah mengajaknya berbicara. Tiada apa yang menarik untuk dibicarakan, tetapi, didorong oleh kebosanan, aku pun cuba mengganggu ketenteraman jiranku itu. Aku pun mulalah bertanya kepadanya, "Apa tidakkah kau berasa bosan pada ketika ini?". "Bosan? Pergilah study SAT, kujamin kau tidak akan berasa bosan", katanya. "Ahh! Perkataan-perkataan ini terlalu sukar bagiku, aku sudah bosan menghafalnya setiap hari! Sehingga ke hari ini, aku masih belum mampu mengingati 100 perkataan, sedangkan acapkali Encik Namasivayam memberi kita lampiran baru", kataku membalas percubaannya untuk tidak berbicara denganku.

Kemudian kami pun mulalah berbual-bual. Banyak juga perkara-perkara yang kami sentuh. Dari isu dalam negara hingga ke isu antarabangsa. Kulihat Hisyam ini seorang yang kurang mengikuti perkembangan antarabangsa. Barangkali dia terlalu asyik dengan dunia SAT-nya itu sampai tiada masa untuk mengambil pusing perkara-perkara yang berlaku di sekelilingnya. Dengan tidak semena-mena, Luqman pula menyertai perbincangan kosong itu. Pada ketika itulah, Hisyam mengambil 2 batang pen dan sebatang pembaris.

"Hidupku seperti pembaris ini pada mulanya. Lurus dan tiada persimpangan. Aku bagaikan berada di suatu perjalanan yang pasti. Akan tetapi sejak aku memasuki MRSM PC, bagai ada satu cabang baru dalam kehidupanku", katanya sambil meletakkan pen tersebut seperti keluar dari pembaris itu. "Pada ketika itu, aku mula keliru, jalan manakah yang patut aku pilih. Sehingga kini aku masih lagi tidak keruan, masih lagi keliru......" Aku dan Luqman hanya mampu mendengar dengar penuh takjub. "...Kemudian aku masuk pula ke sini, PPP ini..." Hisyam menarik nafas dalam secara perlahan-lahan dan melepaskannya kembali. "Kusangkakan, kekeliruan itu akan terungkai di sini, tetapi aku telah tersilap jangkaan. Hidupku bertambah celaru dan tidak keruan selepas aku menjejakkan kakiku ke sini...Setibanya aku di sini, wujud satu 'cabang' baru dalam kehidupanku". Kali ini dia meletakkan satu lagi pen disebelah pembaris itu. Maka kini kelihatan seolah-olah ada dua cabang keluar dari pembaris itu. Satu di kiri dan satu di kanan. "Itulah kisah hidupku", katanya menamatkan perbualan. Aku dan Luqman terkedu seketika. Lidah kami menjadi kelu. Orang yang berada di depan kami ini, memang seorang pemikir agung, setidak-tidaknya, pemikir agung di kalangan kami. Seorang yang bisa menggegarkan alam persuratan Nusantara. "Wah~gilalah....Cukup hebat engkau ini, kami pun tidak mampu merumuskan kehidupan kami dengan menggunakan 2 batang pen dan sebatang pembaris. Kamu benar-benar seorang yang puitis sekali, cukup pandai menyusun kata." Kami ketawa sepuas-puasnya sehingga tidak menghiraukan orang di sekeliling. Gembira kerana menemui seorang pemikir agung Atusix - Nur Hisyam Mohamed, orang yang mampu menerangkan makna kehidupan dengan alat tulis sahaja...

Kisah Pengembaraan Abg Rafie - continued....-

Kami sudah tidak dapat menahan lagi penyeksaan yang dikenakan ke atas kami. Apakah salah kami? Kami berada di INTEC untuk berkhidmat kepada masyarakat. Akan tetapi, perkhidmatan kami telah disalahgunakan!!! Mengapakah pelajar-pelajar INTEC begitu kejam terhadap kami??? Apakah dosa kami hingga diperlakukan sedemikian rupa?!

Dulu, kami disambut dengan meriah, sehinggakan ada orang yang berpangkat besar merasmikan kehadiran kami. Ada juga pelajar yang datang ke majlis perasmian itu. Akan tetapi, dari air muka mereka, kami tahu, yang mereka telah dipaksa untuk datang ke majlis itu. Kehadiran mereka hanyalah untuk meramaikan umat yang menhadiri upacara perasmian itu. Akan tetapi, kami tidak menyangka yang mereka akan membalas dendam terhadap kami 3 bersaudara ini...

Kami datang dengan niat yang suci dan murni, bak minyak masak seri murni. Kami telah diarahkan oleh kerajaan untuk melakukan suatu tugas yang amat mulia. Suatu tugas yang memerlukan keberanian dan kecekalan, memerlukan keyakinan dan keazaman yang tinggi. Kamilah pendukung usaha murni kerajaan.

Kami ini 3 beradik, kami merupakan anak yatim piatu. Kami tidak tahu siapakah ibu bapa kami. Apa yang kami tahu, kami merupakan 3 adik-beradik yang rapat. Kami saling menyayangi antara satu sama lain. Segala perit getir kehidupan, kami harungi bersama. Kami bersyukur, walaupun tidak mengenali ibu bapa kami, kami tidak keseorangan kerana kami sentiasa bertiga. Tak dapat dipisahkan lagi. Kami dapat merasakan kamilah adik-beradik paling bertuah di muka bumi ini.

Pada suatu hari, kami telah mendapat arahan dari kerajaan. Kami telah ditawarkan suatu kerja. Mujurlah, kami diberi peluang untuk bekerja sama-sama. Kami telah ditugaskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk berkhidmat kepada masyarakat. Masya Allah, siapalah kami ini, sehingga diberi suatu tugas yang amat berat sekali... Kami pun berangkatlah bersama beberapa orang ke UiTM Seksyen 17, Shah Alam. Alangkah gembiranya kami, kerana diberi peluang untuk berkhidmat kepada pelajar-pelajar yang akan menjadi tonggak negara suatu hari nanti. Merekalah yang akan menjaga kebajikan kami kelak. Alangkah bertuahnya hati ini... Kami disambut meriah, dalam upacara yang sederhana besar sahaja. Tetapi kegembiraan yang dirasakan memang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya kami pada masa itu. Mana tidaknya, 3 beradik yang selama ini dipandang hina oleh masyarakat, telah disambut dengan majlis yang dihadiri oleh orang-orang besar. Datang kami bukan sebarang datang, datang kami untuk berkhidmat bakti untuk masyarakat. Inilah peluang yang baik untuk kami 3 beradik membuktikan kemampuan kami. Selepas majlis perasmian itu, kami berehat sehari kerana tugas yang berat ini akan dimulakan keesokan harinya...

Hari berikutnya, bermulalah lembaran baru dalam catatan hidup kami. Sesungguhnya hidup ini memang singkat, kami berharap dapat melakukan sesuatu yang benar-benar bermakna untuk komuniti pelajar-pelajar INTEC ini. Pada hari pertama bertugas, kami berasa agak gementar, kerana risau tiada yang inginkan perkhidmatan kami ini. Akan tetapi, kami silap. Sambutan yang diberikan terhadap kehadiran kami benar-benar di luar sangkaan. Pelajar-pelajarlah golongan yang paling banyak sekali menyumbang kepada tugasan yang diamanahkan kepada kami. Kami berasa sungguh terharu kerana pelajar-pelajar di situ menghargai kedatangan kami. Kami sudah cukup gembira kerana mereka meyedari kewujudan kami ini. Seronok rasanya melihat pelajar begitu komited dalam membantu tugas kami.

Kusangkakan...panas...berpanjangan...Rupanya gerimis...rupanya gerimis...mengundang...ang...ang...ang...doraemon! Eh silap, doraemon pulak dah!

Kami sangkakan keadaan yang dihargai itu akan berkekalan, tetapi kami silap. Sesungguhnya tiada apa yang kekal, hanya Allah sahaja yang kekal. Begitulah nasib yang menimpa kami. Rupa-rupanya keadaan yang selesa itu tidak lama. Baru sahaja masuk minggu kedua di situ, pelajar-pelajar telah menunjukkan sikap mereka yang tidak berhati perut. Kami mula dizalimi, perkhidmatan yang kami sediakan tidak dihargai. Mereka telah menyalahgunakan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan. Kami benar-benar tidak menyangka yang pelajar-pelajar yang kami sangkakan intelek ini sanggup bertindak seperti itu! Mereka tidak lagi menghormati kami sebagai petugas kerajaan. Kami telah dicabuli! Ya benar, kami telah dicabuli! Dicabuli oleh orang-orang yang menganggap diri mereka sudah cukup bijak! Mereka memang kejam!!! Tetapi tidak semua yang kejam, hanya minoriti sahaja yang bersimpati terhadap kami. Akan tetapi, mereka tidak sanggup membela nasib kami. Mereka hanya mampu berkongsi kesedihan kami. Sudahlah kami dicabul, pihak yang menghantar kami ke situ bersikap lepas tangan sahaja. Masing-masing buat-buat dono jer...Apakah yang sudah terjadi dengan masyarakat ini??? Kewujudan kami yang asalnya untuk membantu masyarakat tidak dihargai. Mereka tidak menyedari yang kami ini bukan berkhidmat untuk Malaysia. Tetapi kami berkhidmat untuk kepentingan sejagat.

Kewujudan kami bersifat universal. Sedangkan PBB pun sering membincangkan tugas-tugas agen masyarakat seperti kami ini. Akan tetapi, pelajar UiTM memang tak boleh pakai...Kami telah disumbat dengan sampah-sarap! Kami bukanlah tong sampah biasa! Kami tong sampah Recycle! Kitar semula dalam Bahasa Melayu! Kenapakah sampah-sarap yang tidak berkenaan disumbatkan ke mulut kami? Kenapa? Timkai? Why? Porque? Bukankah ada tong sampah lain sudah disediakan untuk sampah yang lain? Ingatlah kami ini bukan calang-calang tong sampah, kamilah pihak yang paling mengambil berat tentang alam sekitar berbanding kalian semua. Kamilah TONG SAMPAH KITAR SEMULA...

Yang sudah dicabuli,
Tong sampah recycle 3-beradik..

Back to top
atusix.tripod.com 2003

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Current Banner
Rafie, RPI

Chatterbox